CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 29 September 2012

tomorrow gonna back to hostel aduh,,,cptnya...n monday is de exam trial 2 for stpm i hope i can do de best huhuhu....juz pray to god.. i never thought that i will get de spa8..for pembantu pembedahan pergigian n the temuduga will start at nov 9..

Tuesday 5 June 2012

pengajian perniagaan 2

NOTA EXPRESS Pengajian Perniagaan 2 Bab 4 – Perniagaan Antarabangsa 1. Perniagaan Antarabangsa ► Definisi • Aktviti perniagaan pelbagai hala antara negara. • Melibatkan jual beli produk/perkhidmtan. • Merentasi sempadan negara yang melibatkan sistem politik dan mata wang yang berlainan. ► Peranan i. Menambah pendapatan negara • Perniagaan antarabangsa dapat meningkatkan pendapatan negara melalui cukai kastam seperti duti import dan duti eksport. Hasil pendapatan ini dapat digunakan untuk pembangunan negara. ii. Menguasai pasaran yang lebih luas • Pasaran dalam negara adalah terhad, meneruis perniagaan antarabangsa pemasaran produk akan menjadi luas justeru itu jualan dan keuntungan akan meningkat. ii. Menambahkan pertukaran mata wang asing. • apabila produk dieksport, mata wang asing akan meningkat. Imbangan pembayaran positif akan berlaku bila eksport melebihi import dengan ini akan mengukuhkan ekonomi negara. iv. Guna tenaga penuh • perniagaan antarabangsa akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Maka, masalah pengangguran dapat diatasi dan seterusnya meningkat dan menjamin kesejahteraan negara. v. Pemindahan teknologi dan pengetahuan • pertukaran pengetahuan, maklumat dan teknologi akan berlaku kerana negara yang terbabit saling bekerjasama dalam pelbagai hala untuk menghasilkan produk yang berkualiti bagi memenuhi keperluan dan kehendak penduduk. Ini akan memupuk persefahaman dan kerjasama di antara negara. vi. Imbangan Dagangan • Kegiatan perdagangan antarabangsa dapat mewujudkan lebihan penerimaan dalam imbangan dagangan dengan meningkatkan /menggalakkan jumlah eksport melalui penghasilan barang-barang yang dapat menarik minat pengguna dari negara asing atau mengurangkan import daripada negara asing vii. Imbangan Pembayaran • Meliputi pembayaran dan penerimaan daripada eksport dan import barangan serta pengaliran masuk dan keluar modal. Ianya sangat penting kepada negara yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka kerana kedudukan imbangan pembayaran akan menentukan kedudukan ekonomi negara tersebut. 2. Jenis-jenis Perniagaan Antarabangsa ► Import • Membeli barangan dari luar negari dan dijual di dalam negeri. • Menyebabkan wang mengalir keluar negeri kerana berlaku bayaran keluar. • Pengaliran wang keluar boleh menyebabkan defisit dalam Imbangan Pembayaran • Cth : Malaysia membeli jentera dan teknologi drpd Jepun untuk digunakan di dalam negara. ► Eksport • Menjual barangan dan perkhidmatan ke luar negara. • Menyebabkan pengaliran wang masuk kerana menerima pembayaran asing. • Ini menyebabkan berlakunya kelebihan dalam Imbangan Pembayaran. • Cth : Malaysia menjual kereta proton saga ke pasaran Eropah kerana mempunyai kualiti yang setanding dengan kereta pesaing lain. Kebaikan Keburukan i. risiko rendah jika ada jaminan untuk pembayaran. ii. tidak memerlukan banyak modal tambahan jika produk tidak memerlukan banyak modifikasi untuk PAB. iii. pasaran luas iv. pertukaran asing v. imej meningkat i. persaingan sengit ii. se ii. sekatan/kuota/tariff/embargo iii. /subsidi iv. kos pengangkutan v. kos promosi tinggi vi. sekatan kualiti ISO ► Perkhidmatan • Satu bentuk produk yang tidak nampak dan boleh dirasa kepuasannya. • Kegiatan perkhidmatan boleh di import atau eksport terutamanya melibatkan kemahiran dan kepakaran yang tidak dimiliki oleh sesuatu negara. • Cth : Perkhidmatan Perundingan, Idea perniagaan, dll. ► Pembuatan • Pengeluaran barangan keperluan pengguna di kilang • Pekilang boleh ke luar negara membuka kilang secara sendirian atau usahasama • Cth : Sykt. Jepun menggunakan kemudahan mengelurkan barangan dan kemudiannya membawa ke negara asal untuk dijual. ► Kontrak pengeluaran • Pemberian kontrak kepada pekilang luar negara untuk mengeluarkan produk. • Cth : Malaysia diberi kontrak pengeluaran bagi barang-barang seperti pengeluaran minuman Coca-Cola • Syarikat asing akan memberi lesen untuk membotol dan memasarkan produk tersebut di Malaysia. • Syarikat di Malaysia perlu membayar royalti kepada syarikat asing tersebut. Kebaikan : i. dapat melaksanakan dengan segera pembangunan produk jika terdapat perubahan cita rasa produk di pasaran asing. ii. Dapat mengurangkan kos operasi kerana syarikat tempatan akan mengeluarkan produk mengikut spesifikasi. iii. Berpeluang untuk membentuk perkongsian/gabungan dengan pengeluar tempatan. iv. Elak cukai eksport v. Mula cepat, risiko minimum vi. Dapat bertindak cepat terhadap perubahan dalam pasaran asing vii. Meluaskan pasaran Keburukan : i. firma yang terlibat dalam kontrak pengeluaran tidak dapat mengawal kualiti produk yang dihasilkan. ii. kehilangan keuntungan perkilangan iii. hilang kawalan atas proses pengeluaran iv. pengeluar menjadi pesaing selepas tamat kontrak v. pemindahan teknologi. ► Francais • Sesebuah syarikat diberikan tanda niaga perniagaan, perkhidmatan dan produk, latihan dan pengurusan, khidmat nasihat dan pemasaran dalam bentuk pakej untuk menjalankan perniagaan. • Pemberi lesen dikenali francaisor manakala penerima lesen disebut francaisi. • Francais perlu membayar yuaran perkhidmatan dan juga royalti francaisor. ► Pelesenan • Pemberian hak atau kebenaran oleh sesebuah syarikat (pemberi lesen) kepada sebuah syarikat di negara asing (penerima lesen) untuk mengeluar/memasarkan produk dengan menggunakan kepakaran, pemasaran atau tanda dagang. • Kebaikan – membantu syarikat memasuki negara asing yang sukar untuk ditembusi pasarannya. • Keburukan – firma penerima lesen perlu membayar sejumlah bayaran apabila menandatangani perjanjian perlesenan. ► Operasi serah tingkap • Sesebuah syarikat asing mereka bentuk, membina dan menyiapkan kemudahan atau kilang di luar negara. • Apabila projek tersebut siap, ia akan menyerahkan kemudahan itu kepada syarikat tenpatan untuk dikendalikannya. ► Usahasama • Gabungan beberapa syarikat di luar negara untuk mencapai satu misi atau keuntungan tertentu. • Perkongsian pemilikan dibuat berdasarkan pemegangan ekuiti, perkongsian modal, risiko dan pengalaman. • Contohnya, pengeluar kereta nasional menyerahkan fungsi pemasaran kepada pengedar asing. 3. Evolusi Perniagaan Antarabangsa A Sejarah Perniagaan Antarabangsa ► Era komersial ► Era eksploratif ► Era konsesi ► Era nasional ► Era moden 4. Konsep Penting dalam Perniagaan Antarabangsa ► Dunia tanpa sempadan Penggunaan secara meluas dalam aktiviti perniagaan dalam aspek pembentukan pasukan kerja, rangkaian dan mekanisme struktur tanpa mengira sempadan yang nyata. Sempadan ini termasuklah dari segi autoriti, perbezaan bidang tugas dan tanpa mengira sekatan politik. ► Pasaran menimbul Kawasan atau negara baru yang dikenali sebagai kawasan yang boleh menyediakan pasaran bagi keluaran dunia dan perniagaan antarabangsa. Contohnya- China dan India. ► Selatan-Selatan Selatan-selatan adalah kerjasama negara-negara membangun di Hemisfera selatan bagi menjaga kepentingan dari segi ekonomi dan teknikal. Peranan selatan-selatan adalah untuk mempromosi kerjasama perdagangan dan ekonomi, teknikal dan kepentingan sosial dalam semua institusi yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Contoh :- negara-negara ASEAN, Indonesia, Amerika Latin, negara-negara Carribean. ► Globalisasi Usaha meluaskan penglibatan perniagaan ke pasaran dunia, mempiawai operasi secara meluas dan mengintegrasi pengeluaran firma. Contoh;- membuka cawangan perniagaan di seleruh dunia. ► Lokalisasi Usaha untuk merubah subsidiari daripada organisasi asing ke dalam organisasi kebangsaan/tempatan agar bersesuaian dengan cita rasa tempatan. Tujuan : o menggalakkan penggunaan modal dan sumber-sumber tempatan o memenuhi kehendak dan citarasa tempatan yang dipengaruhi oleh sosiobudaya, demografi dan teknologi. Terbahagi kepada : 1. Lokalisasi produk 2. Lokalisasi haba 3. Lokalisasi pengeluaran 4. Lokalisasi operasi/pengurusan Organisasi ► Nasionalisasi Tindakan kerajaaan memindahkan pemilikan aset atau harta milikan swasta dalam kerajaannya kepada negara atau memiliknegarakannya. Pemilikan itu dikuti dengan pembayaran pampasan kepada firma berkenaan. Contohnya :- memiliknegarakan kilang memproses tenaga nuklear. ► Penswastaan Penarikan diri secara keseluruhan atau sebahagian oleh kerajaan daripada terlibat dalam pengeluaran barang atau perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti. Satu proses pemindahan daripada sektor swsta untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan. Contoh :- Penswastaan Telekom, Tenaga Nasional dan KTMB 5. Cabaran Syarikat Multinasional ► Struktur dan Kawalan Syarikat multinasional ialah syarikat besar yang beroperasi dengan cawangan-cawangannya yang terdapat di beberapa negara. Cawangan tersebut dikawal oleh satu syarikat dari sesebuah negara sahaja/syarikat induk. • Struktur fungsian Kebaikan Kelemahan Pengkhususan – kerja cekap Kawalan ketat Memudahkan latihan Kursus senang dibentuk Kurang penekanan objektif keseluruhan Kurang penyelarasan fungsian Hanya sesuai bagi syarikat yang mengeluarkan barangan sama. Untung adalah tanggungjawab atasan – beban Sukar melakukan perubahan • Struktur produk o Kebaikan struktur produk : i. Menggalakkan pertumbuhan dan pelbagaian keluaran dan perkhidmatan/inovasi produk ii. Setiap peringkat bahagian bertanggungjawab mendapatkan keuntungan iii. Memudahkan penggunaan modal, kemudahan, meningkatkan kemahiran/meningkatkan kecekapan dan pengetahuan khusus. iv. Membolehkan syarikat menangani masalah permintaan dengan lebih cepat. v. Produk boleh disesuaikan mengikut keperluan negara dari segi reka bentuk, kesesuaian penggunaan, ketahanan dan berkualiti. • Struktur geografi KEBAIKAN KEBURUKAN Dapat mengetahui sosiologi budaya tempatan dalam jangka masa panjang Berlaku pertelingkahan dalam sesuatu perancangan seperti pembentukan misi dan objektif Dapat menjimatkan masa dan kos pemindahan sesuatu alat Menhadapi kesukaran menyelaraskan sesuatu prosedur dan peraturan melibatkan negara yang berbeza. Sesuai untuk syarukat multinasional yang beroperasi di banyak negara. Wujudnya duplikasi fungsi dalam setiap fungsi perniagaan yang berlainan negara. Boleh mewujudkan kepakaran setempat dalam menyeleseaikan sesuatu masalah tempatan. Mengehadkan pembangunan pengetahuan dan kemahiran pekerja jika satu negara sahaja yang terlibat. • Struktur matriks Kebaikan Keburukan Boleh digabungkan fungsian dan keluaran. Sesuai bagi syarikat yang menghadapi masalah menyatukan aktiviti luar negara Perkongsian idea, maklumat dan masalah. Boleh dilaksanakan di negara yang mempunyai persekitaran luaran dan dalam yang hampir sama. Perlukan koordinasi yang tinggi Pendekatan pengurusan yang berbeza membawa kesulitan Hubungan kemanusiaan penting Perbezaan pendapat dan strategi perpecahan. ► Politik o Fahaman ideologi yang diamalkan oleh sesebuah negara seperti komunisme, sosialisme, liberal dan konservatif akan mempengaruhi sikap kerajaan pemerintah di dalam menggubal dasar. o Kestabilan politik dipengaruhi oleh parti pemerintah, pertukaran pucuk pimpinan, peperangan dan rampasan kuasa akan mempengaruhi perniagaan antarabangsa. – sesebuah negara adalah bebas untyuk mengambil tindakan terhadap firma asing maka ini mendedahkan firma asing kepada risiko memiliknegarakan dan rampasan kuasa. ► Undang-undang o Meliputi undang-undang pemindahan keluar masuk mata wang asing dan tempatan. o Peraturan kadar pertukaran matawang asing o Dana terhalang dan syarat-syarat pelaburan o Undang-undang pemeliharaan alam sekitar o Piawai/standard kualiti produk yang ditetapkan o Akta bersangkutan dengan produk dan tanda dagang ► Cukai o merangkumi kadar cukai ke atas keuntungan firma asing o insentif yang diberikan kepada firma asing. o Pelepasan cukai yang diberikan oleh firma asing (Pelajar perlu huraikan fakta diatas dengan mengaitkan dengan perniagaan antarabangsa, contoh boleh digunakan) ► Ekonomi Terdapat pelbagai sistem ekonomi contohnya, sistem ekonomi kapitalis, perancangan pusat dan campuran. Justeru itu firma perlu mengambil kira sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara asing. Contohnya, firma yang ingin menembusi pasaran di negara China perlu mempertimbangkan sistem ekonomi sosialis yang diamalkan di mana negara tersebut mewajibkan pemiliknegaraan sumber ekonomi. ► Sosiobudaya dan pengurusan rentas budaya o Kaedah perancangan, perlaksanaan dan pengawalan yang bersesuaian dengan budaya penduduk sesebuah negara. Budaya meliputi kepercayaan, adat resam, tabiat, moral dan peraturan. o Contoh : warna menunjukkan pelbagai makna dalam budaya, kematian di Amerika Syarikat warna hitam, manakala di Amerika Latin berwarna ungu. Maka budaya mempengaruhi proses membuat keputusan samada beli atau tidak maka firma perniagaan antarabangsa perlu sensitif untuk melariskan jualan 6. Pembayaran Perdagangan dan Pertukaran Mata Wang Asing A Kaedah Pembayaran dan Penyelesaian Perdagangan ► Surat kredit  Surat ini dikeluarkan oleh bank pengimport kepada pengeksport.  Ia merupakan jaminan pihak bank pengimport kepada pengeksport bahawa pihak bank pengimport bertanggungjawab membayar harga barangan yang dieksport oleh pengeksport kepada pengimport. ► Surat pengesahan penghantaran laut (Bil Muatan) o Satu dokumen dikeluarkan oleh syarikat perkapalan kepada pengeksport selepas menerima barangan yang perlu dihantar sebagai perakuan penerimaan barang-barang. o Fungsi bil muatan : i. Dokumen hak milik untuk membuat tuntutan atas barang yang sampai di pelaburan. ii. Bukti kontrak/resit antara syarikat perkapalan dengan pengeksport. iii. Nota makluman yang memberi maklumat tentang barangan yang dibawa iv. Bil ini boleh diniagakan atau dicagar untuk mendapat pinjaman atau kemudahan overdraf. v. Maklumat kepada pihak kastam untuk menentukan cukai. vi. Perakuan penerimaan barang dan melindungi pihak perkapalan dari tuntutan yang tidak munasabah. ► Surat pengesahan penghantaran udara  Bil ini diperlukan apabila penghantaran dibuat melalui pengangkutan udara.  Bil ini diisi dalam tiga salinan dan emngandungi tiga bahagian. Bahagian pertama disimpan oleh pengangkut, bahagian kedua dikirim bersama barang kepada penerima dan bahagian ketiga ditandatangani oleh pihak pengangkut dan dikembalikan kepada pengirim.  Bukti bahawa pengangkut (syarikat penerbangan) telah menerima barangan untuk dieksport daripada penghantar barangan/pengeksport. ► Tuntutan ikut perintah • Bil perintah bayar merupakan arahan bertulis tak bersyarat yang dikirimkan oleh pengeksport kepada pengimport. • Meminta pengimport membayar sejumlah wang dalam tempoh yang telah ditetapkan. • Setelah disahkan penerimanya oleh pengimport dan pengimport bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, maka bil perintah bayar tersebut akan dihantar semula kepada pengeksport. ► Sijil pengesahan tempat asal o Dokumen yang memperakui tempat asal pengeluaran barang yang dieksport. ► Perdagangan barte r o Melibatkan pertukaran barangan dan perkhidmatan antara dua buah negara yang terlibat. o Mengikut syarat dan masa yang dipersetujui. o Tanpa melibatkan pengaliran dan penggunaan sesuatu mata wang. ► Bil perintah bayar o Perintah bertulis yang dikeluarkan oleh pemiutang (pengeksport) kepada penghutang (pengimport) untuk memerintahkannya membayar sejumlah wang tertentu kepadanya pada suatu tarikh yang telah ditetapkan atau dengan segera. B Peranan Mata Wang Asing - Pertukaran asing ialah satu kadar pertukaran antara satu mata wang dengan mata wang yang lain. - mata wang adalah medium pertukaran barangan yang diperdagangkan di antara satu negara dengan negara lain. - Ini merupakan satu masalah yang besar kerana nilainya tidak tetap dan bergantung pada permintaan dan penawaran mata wang tersebut. - Disebabkan kadar pertukaran selalui berubah-rubah, firma asing terdedah kepada risiko perakaunan dan ekonomi ketika membeli dan menjual mata wang berkenaan. - Oleh itu, kecekapan mengurus mata wang asing penting untuk kejayaan dalam persekitaran perniagaan antarabangsa. - Kadar pertukaran terapung/berubah – ditentukan dalam pasaran melalui perancangan keseimbangan antara penawaran dengan permintaaan. - Kadar pertukaran tetap – kerajaan sesebuah negara akan mengawal/menetapkan kadar pertukaran dalam lingkungan tertentu. 7. Risiko dan Pengurusannya A Jenis-jenis Risiko Perniagaan Antarabangsa ► Tukaran mata wang asing o Perubahan dalam kadar pertukaran matawang asing berlaku apabila mata wang sesebuah negara mengalami peningkatan atau penurunan nilai berbanding matawang negara lain. o Terdedah kepada risiko yang dikaitkan dengan perubahan atau penurunan nilai berbanding matawang negara lain. o Pendedahan terbahagi kepada 3 iaitu : Pendedahan transaksi, terjemahan dan operasi. ► Inflasi/Deflasi/kemelesetan  Peningkatan harga disebabkan peningkatan kos@peningkatan permintaan/penurunan harga secara berterusan kerana permintaan yang rendah  Mengurangkan kuasa beli/berlaku pengangguran. ► Polisi Cukai o Perubahan dasar cukai kerajaan o Menampung kos yang tinggi o Menyebabkan untung yang rendah ► Pendapatan negara dan rakyat o Pendapatan rendah, kuasa beli kurang o Permintaaan akan berkurang dan penawaran juga berkurang o Menjejaskan keuntungan firma. ► Risiko Kredit • Kegagalan pembayaran baki hutang apabila kadar faedah meningkat. ► Risiko politik o Tindakan sesebuah kerajaan yang boleh memberi kesan kepada perniagaan asing. o Memberi kesan perniagaan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. o Contoh risiko politik : pemiliknegaraan, pertukaran kerajaan, pergolakan politik/rusuhan ► Risiko ekonomi o Keadaan ekonomi negara asing memberi kesan kepada tanggungan kewangan. o Keadaan ini menyebabkan negara berkenaan membuat perstrukturan semula sistem ekonomi negara tersebut. B. Bentuk Risiko Kewangan Perniagaan Antarabangsa ► Risiko kadar faedah – risiko akibat perubahan kadar faedah yang menyebabkan kerugian nilai sekuriti kewangan dan aset kewangan syarikat. ► Risiko kredit – risiko kemungkinan tidak mampu membayar hutang (prinsipal) atau faedah disebabkan perubahan kitaran perniagaan dan peluang perniagaan yang menejaskan alir tunai syarikat. ► Risiko kadar pertukaran asing – risiko naik turun kadar pertukaran asing yang boleh mengakibatkan kejatuhan nilai hasil yang diperoleh oleh syarikat apabila di bawa balik ke negara ini. Juga kerugian akibat kenaikan harga input pengeluaran akibat kejatuhan nilai mata wang tempatan berbanding mata wang negara pengeksport. 8. Galakan dan Perlindungan Perdagangan A Perlindungan Perdagangan ► Objektif o Menggalakkan persaingan produk luar negara terhadap produk tempatan o Mengurangkan longgokan barang asing ke pasaran tempatan o Mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. o Membaiki imbangan dagangan dan pembayaran. o Melindungi pekerjaan domestik daripada tenaga buruh asing yang murah. o Melindungi industri tempatan dan industri negara. (Perlu huraian untuk mendapat markah) ► Kaedah i. Tarif Satu bentuk pengenaan levi atau cukai ke atas barangan yang diimport dengan tujuan utama untuk meninggikan harga jualan di pasaran negara pengimport. o Tarif spesifik – sejumlah bayaran yang tetap tanpa mengira nilai invois tetapi mengambil kira mengikut kuantiti barangan yang dimport. o Tarif ad-valorem – dikenakan berdasarkan peratusan nilai invois ii. Bukan tarif. • Subsidi o Campurtangan kerajaan bagi mengurangkan kos pengeluaran bagi mengurangkan harga di pasaran. o Indutrsi muda boleh mengurangkan kos operasi dan sama dengan jumlah kos yang dialami oleh indutri lama. o Ini akan membolehkan perniagaan tempatan bersaing dengan pengeluar asing dari segi harga baranga di industri lama • Kuota o Sekatan terhadap jumlah barang yang boleh diimport dalam jangkamasa tertentu. o Apabila kuota telah dipenuhi dalam satu jangka masa, barangan tersebut tidak boleh diimport dalam tempoh masa tersebut. o Pemgimportan dibenarkan bagi mengatasi kekurangan dalam negara. o Industri muda memainkan peranan penting mengeluarkan barangan bagi memenuhi keperluan di dalam negara. • Embargo o Sekatan perdagangan ke atas negara lain samada import/eksport. o Barangan yang disenaraikan tidak boleh dimport. o Contohnya, pengimport Malaysia dilarang membeli kain batik buatan Indonesia kerana ingin menjaga industri kain batik di Malaysia. • Kawalan tukaran asing o Campur tangan kerajaan dalam pertukaran wang asing. o Tujuan : Menghindarkan spekulasi o Kaedah : kawal penawaran mata wang asing atau jualnya dengan ahrga tukaran yang lebih tinggi dari pasaran. • Kempen beli barang tempatan Menanam minat rakyat tempatan terhadap barang dalam negeri dengan cara meningkatkan tanggapan positif ke atas produk tempatan. iii. Akta hak cipta o Merupakan akta yang digubal untuk melindungi hasil ciptaan dan kreativiti sesuatu produk tempatan dari segi paten, tanda perdagangan dan hak cipta. o Pelanggaran Hak Cipta : i. Menjual apa-apa salinan langgaran. ii. Mengedar salinan larangan iii. Mempamerkan kepada awam apa-apa salinan larangan. iv. Memiliki salinan langgaran. v. Memiliki alat perekaan bagi maksud membuat salinan langgaran. ( salinan langgaran adalah salinan cetak rompak) B Promosi Pelaburan Akta Promosi Pelaburan • Akta yang diperuntukkan untuk menggalakkan pelaburan di Malaysia. • Yang membolehkan pelabur asing menghasilkan produk yang berorientasikan eksport • Akta ini juga memperkenalkan siri baru intensif cukai dalam perkilangan, pertanian dan pelancongan • Bagi menggalakkan lagi pelaburan dalam sektor ini yang meliputi elaun cukai pelaburan, elaun pelaburan semula dan elaun eksport. i. Taraf perintis o Pengecualian cukai dalam tempoh tertentu dan bidang tertentu. ii. Kredit cukai pelaburan o pengurangan cukai ke atas pelabur-pelabur asing yang melabur di Malaysia. iii. Penggunaan tenaga buruh o pengurangan cukai bagi syarikat yang menggunakan tenaga buruh tempatan sepenuh masa dan mencapai bilangan buruh yang ditetapkan. iv. Galakan penempatan o pengurangan atau pengecualian cukai diberikan kepada syarikat yang beroperasi dalam zon perdagangan yang ditetapkan oleh kerajaan. v. Insentif penggunaan tenaga elektrik dan air o pengurangan bayaran elektrik dan air bagi syarikat asing yang mencapai kadar yang ditetapkan. vi. Lain-lain galakan seperti galakan elaun eksport, kadar susutnilai yang tinggi bagi penilaian aset, galakan khas industri elektronik. ► Menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap untuk menjalankan perniagaan. • Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sesebuah negara dapat perniagaan dijalankan seperti kemudahan Zon Perdagangan Bebas dan Pusat Kewangan Pesisir Pantai. ► Memberikan pengecualian cukai kepada syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini. • Pengecualian cukai seperti cukai import, cukai eksport dan cukai transit dapat meningkatkan keuntungan sesebuah syarikat. Pengecualian beberapa jenis cukai dapat mengurangkan kos yang ditanggung oleh syarikat multinasional berbanding dengan di negara lain, dan ini menggalakkan firma multinasionnal neroperasi di negara ini. ► Pemberian subsidi dan potongan harga • Tindakan kerajaan memberi subsidi dan potongan harga dapat mengurangkan kos yang ditanggung oleh syarikat seperti mengurangkan kos pengeluaran. ► Peraturan dan undang-undang yang dapat memudahkan perjalanan perniagaan. • Peraturan dan undang-undang yang diwujudkan seperti mengurangkan karenah birokrasi dapat membantu menarik syarikat multinasional melabur di negara ini. ► Mengadakan pameran dan promosi perdagangan • Aktiviti ini dapat menarik minat pelabur asing untuk melabur ke negara ini. Pameran yang dijalankan oleh MATRADE dan membuat lawatan perdagangan ke negara-negara yang mempunyai potensi untuk melabur ke negara ini. C Pemasaran Antarabangsa ► Peranan MATRADE • Membentuk dan melaksanakan strategi eksport untuk menggalakkan eksport barangan siap dan separuh siap serta barangan import terpilih • Mempromosikan produk separuh siap dan siap menerusi pameran perdagangan antarabangsa, ekspo perdagangan, trade mission dll. • Membuat penyelidikan pemasaran dan mengumpulkan maklumat lengkap untuk pembangunan dan peningkatan perdagangan. • Mengadakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran pemasaran di kalangan pengeksport Malaysia • Membangun, mempromosi, mempermudahkan dan menolong pengeksport khidmat nasihat dan pengimport dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan perdagangan. • Mempertingkatkan dan menjaga kepentingan perdagangan Malaysia di luar negara melalui Rangkaian Suruhanjaya Perdagangan Malaysia dis erata pelosok dunia. (Memberi maklumat pasaran sebagai sokongankepada pengeksport Malaysia) • Mewakili Malaysia dalam sebarang forum yang berkaitan dengan perdagangan Malaysia. • Menjadi penasihat kepasa kerajaan dalam hal-hal berkaitan dengan perdagangan antarabangsa. D Blok dan Organisasi Perdagangan Antarabangsa ► Pusingan Uruguay • Siri rundingan pelbagai hala • Bertujuan untuk membebaskan perdagangan antarabangsa dari halangan perdagangan dan perdagangan yang tidak adil/leberalisasi perdagangan. • Yang bertentangan dengan prinsip faedah berbanding dan peraturan GATT ► WTO ► AFTA • Menghapuskan tarif atau kuota atau bentuk sekatan perdagangan lain • Menetapkan kadar tarif yang seragam bagi negara-negara bukan anggota. • Meningkatkan mobiliti pengaliran modal dan buruh di kalangan negara. Anggota • Mewujudkan polisi-polisi pengangutan, pertanian dan pendidikan. ► NAFTA o Untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif dalam eprdagangan antara tiga negara, iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dalam temph sepuluh tahun ► EEC ► EAEC ► APEC ► ASEAN E Kawasan Pertumbuhan ► IMT-GT ► IMS-GT ► BIMP-EAGA ► MSC Maksud o Satu lembah silikon yang terbesar di selatan Asia Timur. o Pengurusan menggunakan teknologi multimedia. Fungsi MSC. - Menarik banyak syarikat yang berasaskan teknologi canggih o Membuat pelaburan di Malaysia o Mendedahkan perkembangan teknologi terkini o Membangunkan industri tempatan.

Saturday 3 December 2011

❤*¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤*¨*• *¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤ MUHASABAH - 'MEMELUK' AYAT-AYAT CINTA ALLAH ... Tuan2 yang dikasihi. Cuba kita sama-sama ruangkan sedikit masa sekiranya kita tak sibuk. Kita ambil wuduk, bentang sejadah, duduk tahiyat awal dan peluk Al-Quran kita. Peluk erat2. Pejamkan mata. Ya, tuan2 sedang memegang selembar kitab yang padanya ada beribu ayat2 cinta yang Allah khaskan untuk kita dalam 114 'surat-Nya'. Tuan2, sambil tuan2 peluk Al-Quran tu, tuan2 bayang dan kenangkan kembali, berapa banyakkah sebenarnya perintah Allah yang kita abaikan. Lebih malang lagi, berapa lama pula kita tidak membuka lembaran itu dan membacanya. Layakkah kita mengaku mencintai Allah, sedangkan untuk mengamal, bahkan membaca Al-Quran sendiri pun kita cuai. Tuan2, dengan nada penuh keinsafan, sambil memeluk Al-Quran, sambil memejam mata, sebutlah nama kekasih Agung kita.. ALLAH... ALLAH.. ALLAH... Sebutlah sehingga timbul kembali rasa cinta kepadaNya itu. Dan bila perasaan cinta itu timbul kembali, marilah sama2 kita berusaha pula untuk memeliharanya...... Semoga kita yang lemah dan hina ini dipilih juga oleh Allah untuk menyertai saf para kekasihNya... ❤*¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤*¨*• *¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤*¨*•.¸¸❤

Friday 2 December 2011

i really miss this moment...kalau lah msa ble d undur kembali sy lah org prtama yg yg plink happyyy heheh...

TRAGEDI BALIK KAMPUNG

"Abang Ni, Pakai Tu Elok-Elok La Sikit," Kata Liza Lembut Sambil Membetulkan Pakaian Usin. Usin Tersenyum Memandang Isterinya. "Cantik Isteri Abang Hari Ni," Usin Mencubit Pipi Liza Lembut. "Ayah, Ayah, Cepat La Yah," Farah Dan Adi Meluru Masuk Ke Bilik Kerana Dah Tak Sabar-Sabar Nak Bertolak Pulang Ke Kampung. "Yelah, Yelah, Ayah Dah Siap Ni." Liza Hanya Tersenyum Melihat Suaminya Itu Melayan Karenah Anak-Anak Mereka Yang Comel Dan Manja. "Abang, Dah Lama Kita Tak Balik Kampung Macam Ni, Ye ?" "Iyelah, Maklumlah Abang Ni Sibuk Dengan Urusan Perniagaan. Baru Kali Ni Abang Ada Peluang Untuk Cuti Panjang." Usin Berkata Kepada Isterinya Tercinta. Perjalanan Daripada KL Ke Tangkak Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam. Farah Dan Adi Dah Pun Terlelap Kat Kerusi Belakang. Begitu Juga Dengan Isterinya, Liza. "Tak Sabar Rasanya Nak Tiba Kat Kampung," Usin Berkata Dalam Hati. Sedikit Demi Sedikit Usin Menekan Minyak Keretanya. Semakin Lama Keretanya Semakin Laju Dan Usin Semakin Seronok. Usin Dah Tak Sabar Untuk Segera Sampai Ke Kampungnya. Pedal Minyak Ditekannya Lagi Dan Honda Civicnya Mula Memecut. Usin Cilok Kiri, Cilok Kanan. Habis Semua Kenderaan Dipotongnya. Bangga Betul Usin Masa Tu. Terlupa Dia Sekejap Pada Anak Dan Isterinya Yang Sedang Tidur. "Eh Abang, Kenapa Bawa Laju Sangat Ni?" Tiba-Tiba Liza Terjaga Dari Tidurnya. "Tak Ada-Apa La Sayang, Rileks... Cepat Sikit Kita Sampai Kampung Nanti." "Sabar Bang, Sabar. Biar Lambat Tak Apa... Jangan Laju Sangat Bang, Liza Takut." Liza Cuba Memujuk Usin Supaya Memperlahankan Kenderaannya. "Rileks Liza...Tak Ada Apa-Apa," Usin Terus Memotong Bas Skspres Di Depannya Tanpa Was-Was. "Haaa... Kan, Tengok. Tak Ada Apa-Apa Kan?" Kata Usin Setelah Berjaya Memotong Bas Ekspres Tadi. "Sudah La Tu Bang." "Ha... Tu Ada Satu Lagi Bas Ekspres. Liza Tengok Abang Potong Dia Aaa....". Usin Terus Masuk Gear 3, Pedal Minyak Ditekannya Hingga Jejak Ke Lantai. Usin Terus Membelok Ke Kanan Untuk Memotong Dan.... Di Depannya Tersergam Sebuah Lori Balak Yang Besar Dan Gagah Dan..... BANG!! "Usin.... Bangun Sin," Sayup-Sayup Terdengar Suara Emaknya. Usin Membuka Matanya. Dia Terlihat Emaknya Di Situ. "Mana Liza Mak ? Macammana Dengan Liza Mak ? Farah, Adi.... Mana Anak-Anak Saya Mak ?" Bertubi-Tubi Usin Menyoal Emaknya. Usin Tak Dapat Menahan Kesedihannya Lagi. Usin Menangis Semahu-Mahunya Di Depan Emaknya. Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat. "Macamana Dengan Isteri Usin Mak, Liza?" Usin Masih Terus Menangis. PAANNNGGG!! Kepala Usin Yang Botak Itu Ditampar Oleh Emaknya Dengan Tiba-Tiba. Usin Terdiam. Kenapa Emaknya Buat Dia Macam Tu? "Banyak La Engkau Punya Isteri ! Keja Pun Pemalas Ada Hati Nak Berbini. Tu La, Tidur Lagi Senja-Senja Macam Ni ! Dah ! Bangun Pegi Sembahyang !" Emaknya Terus Merungut Sambil Berlalu Keluar.... ...Dan Usin Tersengih Keseorangan. Rasa Macam Nak Masuk Dalam Tin Biskut ! Malu Beb !! Sekian.

Thursday 1 December 2011

BAB 1 : INSTITUSI PEMERINTAHAN MASYARAKAT TEMPATAN

Institusi sultan dalam kaca mata orang-orang Melayu merupakan satu rujukan kepada kekuasaan dan kekuatan yang ada pada individu yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai sultan. Dalam hal ini sultan sering kali ditanggap sebagai seseorang yang mempunyai kuasa yang begitu teguh. Ini sering kali dikaitkan dengan konsep bahawa sultan itu sebagai wakil tuhan. Dengan kepecayaan ini, seseorang individu merasakan menderhaka kepada sultan akan membawa padah yang amat dahsyat. Konsep ketuhanan ini telah berakar umbi sejak masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur agama Hindu dan seterusnya disenyawakannya dengan unsur-unsur Islam. Dalam hal ini, Sultan dianggap sebagai khalifah atau wakil Allah dalam memimpin masyarakat Islam. Sultan dianggap sebagai imam dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan.

                Selain itu, sultan juga dianggap mempunyai kekuatan dan keajaiban. Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa dan boleh mendatangkan kecelakaan kepada mereka yang menentang. Dalam aspek ini konsep daulat, tulah, dan derhaka telah menghantui masyarakat melayu supaya sentiasa patuh dan menuruti kehendak sultan. Dalam konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh. Kedaulatan sultan telah dimengertikan melampaui batas kekuasaan sultan dalam politik. Ia melampaui batas-batas kuasa dan sentiasa menganggap sultan sebagai mempunyai kuasa ketuhanan untuk memberi pembalasan terhadap individu yang menderhaka. Dengan kata lain konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang terpilih dan diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat. Dengan konsep ini sultan dianggap boleh mencelakakan kehidupan orang yang derhaka. Hal ini dapat dilihat daripada peristiwa penderhakaan Laksamana Bentan terhadap Sultan Mahmud. Sumpah sultan terhadap keturunan Laksamana dianggap sebagai satu kuasa dan ia dikaitkan dengan daulat sultan.

                Dalam memahami konsep ini, ia juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang terkena tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka. Oleh itu, masyarakat melayu menganggap sultan sebagai seorang individu yang istimewa serta sentiasa ingin mendapat rahmatnya untuk memperoleh kehidupan yang terjamin. Jika ia ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan Laksaman Bentan Megat Sri Rama. Dalam hal ini rakyat akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada sultan. Ini menimbulkan satu konsep kerja raja dijunjung , kerja sendiri dikelek .  Sebagai kesan daripada konsep ini, mereka berbangga meninggalkan kerja-kerja mereka semata-mata untuk berbakti serta mengelakkan diri daripada tulahan dan daulat sultan. Hal ini seterusnya menimbulkan satu amalan berkenaan sistem hamba dan kerahan yang dianggap olah sejarawan barat sebagai satu institusi yang melemahkan sistem politik Melayu.  Terjadinya sistem kerah, serah dan hamba ini timbul berikutan kehendak rakyat untuk mendapat pengiktirafan sultan sebagai rakyat  yang setia. Dalam hal ini maka timbullah kesetiaan dan ketaatan yang membabi buta seperti yang ditonjolkan oleh Hang Tuah yang sanggup membunuh rakannya semata-mata untuk membukti kesetiaannya kepada sultan.

                Oleh itu dalam memperkatakan institusi kesultanan ini, konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain. Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta tidak boleh digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi bersama dengan rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada sultan seperti hanya sultan yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa dalam yang sering menggambarkan kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat kebesaran , nobat, dan lambang kebesaran dan kemuliaan.

                Berdasarkan kepada keistimewaan ini institusi raja merupakan institusi yang menjadi sanjungan dan sesebuah kerajaan melayu tidak akan lengkap tanpa sultan. Hal ini dapat dilihat bagaimana luak-luak undang di Negeri Sembilan meminta kerabat Sultan di Minangkabau untuk diangkat sebagai sultan bagi mendaulatkan negeri tersebut.


Sistem Pertabalan
Pertabalan dan penggantian sultan berbeza antara satu negeri dan negeri yang lain. Dalam konteks ini ia juga melibatkan sistem undang-undang adat. Negeri-negeri yang beradatkan adat temenggong mempunyai sistem pertabalan yang berbeza dengan negeri yang mengamalkan adat perpatih. Begitu juga dalam sistem adat temenggong penggantian sultan juga terdapat sedikit perbezaan.
Dalam mengkaji sistem ini kita dapati terdapat tiga bentuk sistem pertabalan yang diamalkan di negeri-negeri Melayu. Di Negeri Sembilan sistem penggantian sultan mengikut undang-undang dalam adat perpatih. Dalam adat ini Yang Dipertuan Besar dilantik dan mesti dipersetujui oleh luak-luak undang. Dalam aspek ini sistem yang diamalkan itu seolah-olah memaparkan perlantikan secara demokrasi. Yang Dipertuan Besar tidak akan ditabalkan jika mereka tidak mendapat persetujuan daripada luak undang ini. Dan mengikut adat ini Yang Dipertuan Besar tidak bernegeri dan pemerintahan dibawah Undang Luak. Hanya selepas penguasaan Inggeris setiap Undang dikehendaki menumpahkan taat setia kepada Yang Dipertuan Besar. Walaupun begitu, waris sebagai Yang Dipertuan Besar adalah daripada lingkungan kekeluargaan Yang Dipertua Besar cuma ia perlu mendapat pengesahan daripada Undang Luak (Ismail Hamid:1988).
 Hal ini berbeza dengan sistem penggantian dan pertabalan di negeri Perak. Sistem di Perak mengikut peraturan adat temenggong. Ia biasanya meletakkan waris daripada anak lelaki pertama untuk mewarisi takhta .Walaupun begitu ia tertakluk kepada permuafakatan pembesar untuk memilih siapakah yang layak mewarisinya. Sistem penggantian di Perak melibatkan tiga keluarga daripada keturunan atau susur Sultan Ahmadin iaitu waris keluarga Sultan Abdullah ( 1825-1830), Sultan Shahbudin ( 1830-51), dan Sultan Abdullah Muhamad Syah ( 1851-65)( Gullick:1958 ). Dengan tuntutan daripada tiga keluarga ini sistem pertabalan dan penggantian sultan di Perak lebih menjurus pada sistem giliran.. Ini bagi memberi peluang kepada setiap keluarga tersebut untuk ditabalkan menjadi sultan berdasarkan giliran mereka. Cara ini dijalankan bagi menggelakkan berlaku perang saudara dan perebutan kuasa antara keluarga diraja. Pengiliran ini dapat dilihat melalui tahap kedudukan waris raja seperti hiraki berikut: Raja  Dihilir, Raja Bendahara, Raja Muda, dan Sultan.( Buyong Adil: 1985,Andaya: 1983, Joginder Singh: 1976). Seperti kata Andaya:1983 ... perbalahan mengenai hak waris telah lama berlarutan. Sistem menggilirkan takhta di antara tiga keturunan diraja yang berlainan yang diasaskan sejak awal kurun itu, dimaksudkan supaya menghalang sebarang pertikaian, tetapi tidak pernah berjalan dengan sempurna. Ketidaksempurnaan kerana ia tertakluk kepada peranan sultan dan pembesar. (Andaya:1983, Joginder Singh: 1976, K.Ratnam: 2001). Maka pada 1874, bermulalah persengketaan tuntutan terhadap takhta Perak yang dituntut oleh waris-waris daripada tiga keluarga ini iaitu Raja Abdulllah,  Raja Ismail, dan Raja Yusuf sehingga berlakunya campur tangan Inggeris di Perak dan pengenalan Sistem Residen.
Bagi negeri-negeri lain yang mengamalkan adat temenggong biasanya anak lelaki sulong terus ditabalkan menjadi sultan dan ini boleh dikenali sebagai sistem warisan. Negeri-negeri yang mengamalkan sistem ini adalah seperti Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Trengganu dan Perlis.Walaupun begitu dalam keadaan tertentu ia tidak berlaku. Malahan ia boleh melibatkan  adik, cucu dan menantu  sultan dalam keluarga diraja (Gullick:1958).
Jika dilihat daripada sistem-sistem yang diamalkan ini kelihatan seolah-olah sistem pepatih mempunyai unsur yang lebih adil dengan memberi hak kepada rakyat untuk menentukan sultan yang berhak ditabalkan melalui peranan Undang Luak. Hal ini kerana luak undang yang dilantik juga mesti melalui cara yang sama. Dengan kata lain rakyat mempunyai hak dan disalurkan melalui luak yang dipilih. Ini bertepatan dengan amalan demokrasi yang memberikan kelebihan kepada rakyat untuk membuat pilihan.  Dengan kata lain negeri-negeri yang mengamalkan adat temenggong lebih menjurus pada sistem monarki warisan. Walaupun begitu dalam undang-undang tubuh negeri Johor, rakyat masih boleh engkar dan tidak menumpahkan taat setia kepada sultan jika sultan ttidak mengikut undang-undang tubuh serta nasihat daripada pembesar. Keadaan ini pernah diucapkan oleh Dato Onn semasa pertikaian dalam gagasan Malayan Union 1946.
Selain sistem yang diamalkan pengganti sultan mesti anak gahara ataupun waris benih atau tanah di Perak. Dalam hal ini, anak daripada isteri kedua dan seterusnya dianggap kurang berpeluang untuk menjadi sultan. Peluang itu hanya wujud jika isteri pertama tidak mempunyai anak lelaki dan isteri sultan seterusnya mempunyai anak lelaki dan menjadi pilihan pembesar-pembesar.
Begitu juga dalam perlantikan dan pertabalan, pengganti sultan perlu menghadiri upacara pengkebumian sultan yang mangkat. Jika ini tidak dapat dituruti, maka ia akan digantikan dengan waris lain. Keadaan ini pernah berlaku di Perak, yang menyaksikan Raja Abdullah terlepas daripada ditabalkan menjadi Sultan kerana beliau tidak menghadiri upacara pengkebumian Sultan Ali. Keadaan ini jelas dinyatakan oleh Joginder Singh: 1976, dan Buyong Adil: 1985. Sebagai kesan daripada itu. Raja Ismail yang turut sama menghadiri upacara tersebut telah dilantik menjadi sultan atas permuafakatan para pembesar.
Dalam keadaan-keadaan tertentu, misalannya apabila Sultan tidak mempunyai waris , maka Bendahara boleh dilantik menjadi Sultan dengan persetujuan pembesar dan rakyat. Ini pernah berlaku kepada Bendahara Tun Habab yang menjadi Sultan Johor. Dalam kita mengkaji perlantikan dan pertabalan seseorang Sultan sebenarnya ia lebih bercirikan kesanggupan rakyat untuk menerima seseorang yang berpengaruh dalam sesuatu wilayah. Sebab itu kita dapati Bendahara Tun Habab, Bendahara Wan Ahmad di Pahang dan Keluarga Temenggong Abd. Rahman dapat ditabalkan dan akhirnya diakui sebagai sultan. Dalam hal ini, kita akui bahawa sebagai tradisinya seseorang yang dilantik ke jawatan Sultan itu pada peringkat awalnya ialah waris dan keturunan diraja, tetapi ini sebenarnya tidak menghalang bukan keturunan diraja dilantik dan ditabalkan menjadi sultan jika mereka mendapat sokongan pembesar dan rakyat. Oleh itu, dalam melihat kuasa dan kekuasaan seseorang sultan ialah sejauh manakah ia mendapat sokongan daripada pembesar dan rakyat.

Peranan Sultan


Dalam membicarakan peranan-peranan sultan dalam sistem politik tradisional Melayu kita harus meneliti aspek kuasa dan kekuasaan yang ada pada seseorang sultan. Apakah kuasa yang ada pada seseorang dan bagaimanakah kuasa ini boleh menentukan kekuasaannya. Dalam memngkaji kuasa seseorang sultan kita boleh perhatikan dari sudut kuasa fizikal, dan kuasa rohani. Dalam kuasa fizikal kita boleh tentukan bahawa seseorang sultan itu mempunyai kekuatan tenaga yang kuat seperti handal bermain senjata, kebal daripada senjata, boleh mempengaruhi rakyat dengan renungan, dan mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Dalam kuasa rohani kita disogokkan dengan kekuatan yang ada pada sultan seperti kuasa daulat dan tulah. Ia juga mempunyai kaitan dengan unsur ketuhanan dan sultan dianggap sebagai orang yang terpilih oleh tuhan dan wakil tuhan. Dengan ini sultan dianggap mempunyai kekusaan yang luar biasa. Untuk mengketengahkan unsur ini dicipta pelbagai mitos mengenai kekuasaan rohani sultan ini. Maka timbullah sultan ialah daripada keturunan Nabi Sulaiman, dan berketurunan buluh bentung. Ini semua bagi mendapatkan ketaatsetiaaan rakyat agar tidak memberontak dan dihubungkan dengan kepercayaan masyarakat Melayu lama. Melalui kuasa inilah sultan dapat menentukan kekuasaan dan peranannya dalam politik masyarakat Melayu.

                Sultan dikaitkan dengan kemampuannya untuk menarik minat rakyat bagi memeluk sesuatu agama. Dengan peranan ini juga ia dilantik secara tidak langsungnya sebagai ketua agama bagi sesebuah negeri. Kemampuan sultan dalam mempengaruhi rakyatnya memeluk agama baru dapat dibuktikan melalui pengislaman sultan Melaka, iaiatu Parameswara Dewa Syah. Dengan pemulukan Islam oleh baginda seluruh rakyat Melaka mengikuti sama memeluk agama Islam. Hal ini kerana, sebelumnya sultan dianggap sebagai wakil kepada tuhan. Ini diterima pakai semasaa Melaka dibawah pengaruh Hindu. Bagi rakyat, dengan sultan sebagai wakil tuhan telah memeluk Islam, mereka mesti sama-sama memeluknya agar tidak ditulah dengan daulat sultan. Dalam sistem kesultanan masa kini sultan setiap negeri mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama. Setiap perundangan yang hendak digubal dan dipinda perlu mendapat perkenan sultan. Malahan bagi kes-kes perkahwinan yang tidak mempunyai wali sultan dianggap sebagai wali kepada peihak perempuan.

                Peranan kedua yang dimainkan oleh sultan ialah baginda dilambangkan sebagai lambang perpaduan bagi kesejahteraan negara. Dalam sistem politik Melayu yang berteraskan sistem feudal, para pembesar menguasai wilayah-wilayah tertentu. Para pembesar ini mempunyai hak istimewa untuk memungut dan mengenakan cukai kepada para pengikutnya. Seringkali juga para pembesar ini berselisih faham mengenai hak dan kekuasaan mereka. Ini selalunya menimbulkan kekacauan. Bagi mencari jalan penyelesaian tuntutan mereka sultan diangap sebagai orang tengah yang terbaik. Oleh itu, setiap pembesar dalam membuat tindakan akan berusaha untuk mendapatkan perkenan dan restu Sultan. Jika tidak mereka dianggap derhaka dan akan diperangi oleh sultan dan pembersar-pembesar yang menyokong sultan. Keadaan ini dapat juga dilihat bagaimana Dato Maharajalela bermuafakat dengan Sultan Abdullah untuk membunuh JWW Birch. Jika Sultan Abdullah tidak memberikan perkenan maka Maharajalela tidak akan membunuh Birch. Dalam sistem sultan masa kini Yang Dipertuan Agong mempunyai peranan sebagai lambang perpadua masyarakat yang berbilang kaum. Ini terbukti apabila dalam salah satu prinsip Rukunegara yaang meletakkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara sebagai satu perlambangan peranan Sultan ini.

                Aspek ketiga dalam peranan sultan dapat dilihat fungsi sultan dalam bidang kehakiman. Dalam aspek ini sultan mempunyai kuasa dalam menentukan hukuman yang akan dikenakan oleh pesalah terutama hukuman mati. Selalunya hukuman yang dikeluarkan oleh mulut sultan merupakan hukuman yang muktamad dan tiadak ada rayuan yang boleh dilakukan. Keadaan seperti ini pernah berlaku seperti peristiwa Laksamana Hang Tuah yang dijatuhi hukuman mati. Selain itu, sultan juga boleh menurunkan kuasanya kepada pembesar daerah dalam menjatuhkan hukuman. Walau bagaimanapun hukuman tersebut hanya hukuman ringan dan jika terdapat hukuman berat hendaklah ia dihadapkan kepada sultan. Walaupun begitu, ada sesetengah pembesar yang tidak mengendahkan peraturan ini kerana mereka beranggapan bahawa mereka berkuasa di dalam wilayah jajahan mereka. Keadaan ini menunjukkan bahawa sultan adakalanya tidak mempunyai kuasa. Kekuasaan yang ada pada sultan dilihat sebagai sebahagian daripada kekuasaan berdasarkan kepercayaan masyarakat melayu lama iaitu sultan merupakan individu yang mempunyai kekuasaan ketuhanan yang didasarkan pada konsep daulat dan tulah. Dengan konsep inilah sultan diibaratkan sebagai seorang yang tidak mungkin melakukan kesalahan dan ia boleh laksanakan hukuman berdasarkan budibicaranya sendiri.

                Peranan keempat yang dimainkan oleh sultan ialah sultan merupakan seorang ketua negara dan ketua kerajaan. Sultan dianggap sebagai empunya tanah di wilayah jajahan takluknya. Dengan fungsinya seperti ini sultan boleh melakukan apa-apa sahaja serta berkuasa dalam membuat perlantikan terhadap pembesar negara. Dalam soal tanah sultan berkuasa dalam mengkurniakan tanah kepada rakyatnya. Dengan pengkurniaan inilah rakyat dapat bercucuk tanam dan menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi. Sebagai ketua negara dan kerajaan sultan menentukan dasar-daar negara dengan dinasihati oleh para pembesar terutamanya oleh Bendahara. Sering kali dalam memberikan nasihat ini Bendahara mempunyai pengaruh yang amat penting. Walaupun begitu disebabkan institusi kesultanan lebih berfokuskan kepada sultan maka berlakulah aktiviti mendapatkan sokongan sultan. Keadaan inilah yang sering menyebabkan berlakunya fitnah seperti yang berlaku kepada keluarga Tun Mutahir, Bendahara Melaka yang difitnah oleh Raja Mendaliar. Berlakunya fitnah ini disebabkan oleh tiadanya kuasa pengimbang yang boleh membela Tun Mutahir kerana kesemua kuasa terletak pada sultan. Ini dilemahkan lagi apabila penasihat sultan iaiatu Bendahara sendiri yang didakwa melakukan kesalahan.

                Peranan kelima kita dapati sultan diibarat sebagai seorang individu yang mempunyai kuasa keramat. Dengan kuasa ini sultan dilambangkan sebagai manusia yang berlainan daripada individu lain. Malahan individu yang menjadi sultan juga dilihat sebagai seorang yang berlainan sebelum ia dittabalkan sebagai sultan. Peranan kekeramatan ini dapat dilihat apabila seseuatu anugerah sultan dilihat sebagai  ada sakti dan orang yang menggunakannya akan menjadi handal atau kebal. Dengan sifat ini sultan dianggap mempunyai kesucian dan kemuliaan. Ia ditambahkan lagi dengan adanya alat-alat seperti alat muzik, senjata dan beberapa alatan pertabalan dan lambang jawatan sebagai mempunyai kuasa seiring dengan kuasa sultan. Sebagai contoh nobat, sebagai alat muzik tradisi Melayu dianggap hanya boleh digunakan dan dimainkan jika mendapat kebenaran sultan. Jika ia tidak mendapat kebenaran maka si pemainnya akan mendapat kecelakaan. Dengan sifat inilah sultan dapat menggerakkan rakyatnya gara tunduk dan memberikan tumpah taat setia. Keadaan ini termasuklah para pembesar. Inilah yang dikaitkan dengan daulat. Kepada mereka yang derhaka maka kekeramatan dan kesucian sultan ini akan mendatangkan tulah kepada penderhaka. Inilah yang berlaku kepada Hang Jebat dan Megat Sri Rama Laksamana Bentan yang tewas dengan keperkasaan pahlawan yang mendapat restu sultan. Malahan dalam kes Megat Sri Rama orang Melayu berkepercayaan bahawa keluarga Laksamana telah disumpah selama tujuh keturunan dan tidak boleh menyeberangi sungai Kota Tinggi. Jika ini dilanggar maka ia akan muntah darah. Dengan peranan kekeramatan ini sultan dapat menjaga keharmonian negara dan menerima ketaatan daripada rakyat.

                Sebagai kesimpulan daripada peranan-peranan yang dimainkan oleh sultan, ia sebenarnya mempunyai sifat-sifat pro dan kontra. Dalam satu segi ia kelihatan baik bagi mendapatkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, tetapi bagi sultan yang zalim institusi ini mendatangkan banyak masalah. Oleh sebab itu, selepas kedatangan dan dalam zaman penjajahan British konsep sultan serta peranan mereka dalam sistem pentadbiran Melayu lama ini telah diubah agar ia mencerminkan kewibawaan untuk melindungi rakyat dan membawa kesejahteraan negara. Maka setelah wujudnya perlembagaan Persekuuan Tanah Melayu 1948 peranan sultan telah banyak berubah serta kekuasaan sultan mesti mengikut perlembagaan yang diluluskan oleh parlimen.

Followers