CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 13 April 2011

RUTIN HARIAN PUNCA GANGGUAN TIDUR

HARI NIE SY NAK CRITA SAL PUNCA GANGGUAN TIDUR NIE...
BNYK NIE YG CMNI TRUTAMA YG KRJA SEHARIAN....
INI ADALH SDIKIT TIP2 SIHAT BAGI MEREKA YG MEMPUNYAI GANGGUAN TIDUR ARRR!SO PLEASE READ...ITS IMPORTANT 4 US..

Haruman Bunga Ada Manfaat Kesihatan
Harumannya bunga bukan sahaja menenangkan jiwa, malah menceriakan hari-hari anda. Kehadirannya di kediaman memberikan nilai yang tersendiri pada sebuah dekorasi. Namun, tanpa disedari bunga juga mempunyai nilai kesihatan. Ia bukan hanya meredakan stres tetapi juga kaya dengan pelbagai unsur yang baik untuk kesihatan. Berikut antara manfaat yang boleh didapati hasil daripada terapi bunga :
1. Bunga Mawar
Bunga mawar sering digunakan sebagai bahan di dalam minuman untuk mereka yang menghidap penyakit iritasi usus, pundi hempedu dan masalah pada hati. Air mawar hasil daripada ekstrak bunga mawar juga mempunyai aroma yang boleh menenangkan hati. Penggunaannya di dalam mandian, ataupun sebagai haruman di dalam kediaman juga boleh merehatkan fikiran.
2. Bunga Tahi Ayam
Jangan tidak percaya, bunga yang dikatakan busuk baunya ini ada khasiat khusus. Kelopak bunga tahi ayam dikatakan digunakan sebagai ubat pencuci mata yang amat bagus. Bunga ini juga turut digunakan sebagai salap untuk menyembuhkan luka dan goresan putih pada kulit kerana ia bersifat antiseptik.
3. Bunga Dandelion
Memang indah menikmati keindahan bunga berwarna putih ini. Bahagianya melihat ia berterbangan ditiup angin. Rahsianya, bunga ini sebenarnya dapat digunakan untuk mengubati anemia dan penyakit kuning serta boleh meneutralkan darah.
4. Bunga Kamomil
Kamomil atau teh bunga membantu menyingkirkan gas atau angin pada usus, mengurangkan stres dan menyembuhkan kulit terbakar (kesan dedahan cahaya matahari) dan iritasi. Selain itu, boleh juga mengatasi sakit perut dan sakit otot.
5. Bunga Kekwa
Bunga kekwa berguna untuk menghilangkan rasa sakit ketika menstruasi, sakit tekak dan tonsil. Jus yang dihasilkan daripada bunga ini boleh dijadikan ubat untuk demam. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada tubuh anda.
6. Bunga Matahari
Warna kuning terang sering dikaitkan dengan matahari kerana kedua-duanya menceriakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, ekstrak bunga matahari sebenarnya boleh membantu meredakan sakit tekak.
Detoks Dengan Jus Peria
Warnanya hijau, ada yang kecil dan ada yang besar. Rasanya pahit, membuatkan ramai yang kurang menggemarinya. Tetapi, masih terdapat sesetengah orang yang menghargai khasiat buah ini dengan mengamalkan sebagai ulam atau digoreng. Meski rasanya pahit, sayur ini sebenarnya baik untuk kesihatan. Antaranya:
Sebatian insulin iaitu hipoglikemik di dalam pahit peria ini sangat efektif untuk mengawal kadar gula darah. Sebatian ini juga dikenal pasti mampu meningkatkan intoleransi glukosa pada penghidap diabetes mellitus.
Dua sudu makan jus peria dicampurkan dengan sedikit bawang dan jus limau nipis memberi manfaat untuk mengubati penyakit kolera. Peria mengandungi beta karoteno yang banyak sehingga ia boleh menjaga dan meningkatkan kemampuan penglihatan seseorang.
Zat peria juga boleh meningkatkan sistem imunisasi.
Selain itu, makan peria secara rutin boleh membantu mencegah penyakit kulit seperti psoriasis dan jangkitan penyakit kulit seperti kurap.
Kebaikan lainnya adalah jus peria ini amat baik untuk proses detoksifikasi secara semula jadi.
Rutin Harian Punca Gangguan Tidur
Kebanyakan daripada masalah sukar tidur biasa disebabkan oleh gaya hidup sehari-hari. Terdapat beberapa rutin yang anda amalkan setiap hari mengganggu tidur anda:
Stres
Tekanan di tempat kerja seperti timbunan kerja atau saingan yang tidak sihat di tempat kerja sering menyebabkan keadaan stres. Tak kurang juga masalah keluarga dan masalah lain yang sekali gus menyebabkan tidur anda tidak lena. Sementara itu, meneguk minuman alkohol tidak akan sesekali membantu menghilangkan stres malah membuatkan ia semakin parah.
Tidur Tak Teratur
Disebabkan mengejar masa bagi menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan, ramai yang sanggup bersengkang mata sehingga mengabaikan waktu tidur. Sebaik selesai menyiapkan tugasan, anda tidur semahu-mahunya.
Itu pun, jika tiada lagi tugasan lain menanti. Jika masih ada, maka waktu tidur anda akan terus terganggu hingga akhirnya menyebabkan ia menjadi kebiasaan anda. Pola tidur sebegini sebenarnya akan mengganggu kesihatan anda. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mempengaruhi keadaan fi kiran anda. Sebaiknya, aturlah waktu tidur anda dengan baik.
Keadaan Kesihatan
Gangguan tidur bukan sahaja disebabkan oleh stres atau pola tidur yang tidak teratur. Tetapi boleh juga disebabkan oleh keadaan kesihatan seseorang. Rasa cemas atau gangguan bipolar serta kekurangan kalium boleh menyebabkan gangguan tidur. Dalam kes ini, amat penting untuk mendapatkan waktu tidur dan rehat yang mencukupi.
Penyakit Lain Dan Ubat-ubatan
Bagi yang menghidap penyakit-penyakit lain seperti narkolepsi, catapleksi dan halusinasi ia turut mampu mengakibatkan gangguan tidur. Sesetengah pesakit yang bergantung pada ubat juga mungkin berhadapan masalah tidur akibat pengambilan ubat-ubatan tersebut. Bagi menyelesaikan masalah ini, konsultasi dengan doktor anda.
Teh Bunga Turunkan Tekanan Darah
Teh herba terkenal dengan pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Menurut Diane McKay dan Jeffrey Blumberg, pakar dari Jean Mayer Human Nutrition Research Center on Aging Deptan, United States, terdapat bukti perubatan bahawa teh herba memberi manfaat terhadap kesihatan.
Antara teh herba yang didapati dapat memberi manfaat kesihatan yang baik terhadap tubuh ialah seperti teh kamomil. Teh ini sudah lama dianggap sebagai minuman yang menenangkan tubuh dan fikiran. Namun, ketika Blumberg dan McKay mengkaji secara ilmiah terhadap bioaktiviti kamomil, mereka mendapati bahawa teh ini memiliki aktiviti anti-mikrob sederhana dan aktiviti anti-platelet penggumpalan yang signifi kan.
Para penyelidik juga mendapati bukti ilmiah bioaktiviti pada teh pudina. Di dalam tabung uji, pudina dilihat memiliki aktiviti anti-mikrob dan antivirus yang signifi kan, antioksidan yang kuat dan tindakan anti-tumor serta beberapa potensi anti-alergi.
Berdasarkan percubaan klinikal terhadap manusia, kumpulan penyelidik juga telah mendapati bahawa minum teh bunga raya mampu menurunkan tekanan darah pada orang dewasa yang menghidap gejala hipertensi dan hipertensi ringan.

0 comments:

Post a Comment

Followers